Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?
Tentang berita yang besar,(berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya)
Yang mereka berselisihan mengenainya.
Jangan sekali-kali(mereka bersikap demikian)mereka akan mengetahui(dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
Sekali lagi jangan!mereka akan mengetahui kelak(tentang apa yang akan menimpa mereka).
Bukankah kami telah menjadikan bumi(terbentang luas) sebagai hamparan?
Dan gunung-ganang sebagai pasaknya;
Dan kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan;
Dan kami telah jadikan tidur kamu untuk berehat;
Dan kami jadikan malam(dengan gelapnya)sebagai pakaian;
Dan kami telah menjadikan siang,masa untuk membina kehidupan;
Dan kami telah membina diatas kamu tujuh petala(langit) yang kuat kukuh;
Dan kami telah menjadikan lampu pelita yang terang-bederang cahayanya(matahari);
Dan kami telah menurunkan dari awan, air(hujan) yang mencurah-curah.
Untuk kami tumbuhkan dengan air itu,biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan.
Serta kebun yang subur rendang pokoknya?
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu,adalah satu masa yang ditentukan.
Iaitu hari tiupan sangkakala,lalu kamu(bangkit hidup) serta datang secara berkumpulan;
Dan(pada masa itu) langit dibuka,maka terdapatlah beberapa pintu;
Dan gunung-ganang diterbangkan ke angkasa,lalu ia menjadi seperti debu yang berterbangan.
Sesungguhnya neraka jahanam ada tempat pemerhatian(untuk mengawasi isi neraka)
untuk orang melampaui batas hukum tuhan,sebagai tempat kembalinya.
Mereka tinggal didalamnya berkurun-kurun lamanya.
Mereka tidak dapat merasai udara yang segar didalamnya dan tidak pula sebarang minuman.
Kecuali air panas yang menggelegak dan air nanah.
Sebagai balasan yang sesuai(dengan aml mereka yang buruk).
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak mengambil ingatan terhadap hari hitung amal;
Dan mereka telah mendustakan ayat-ayat kami dengan pendustaan yang sebenar;
Dan segala sesuatu,telah kami hitung dan catat secara bertulis dalam suatu kitab.
Oleh itu,rasakanlah(azab yang disediakan),kerana kami tidak akan melakukan yang lain selain menambah pelbagai azab kepada kamu.
Sesungguhnya orang yang bertakwa,disediakan syurga tempat meraka beroleh apa yang mereka ingini.
(Mereka akan beroleh) kebun-kebun dan buah anggur;
Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
Dan gelas yang penuh berisi dengan minuman.
Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang dusta.
Sebagai balasan daripada Tuhanmu,iaitu satu limpah kurniaan yang amat luas.
Tuhan yang mentadbir tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara kedua-duanya,Tuhan yang maha pemurah,tidak ada sesiapa pun diberi kuasa berkata-kata dengan-Nya.
Pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf(menunggu perintah tuhan),tidak ada yang berani berkata-kata melainkan sesiapa yang diizinkan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah,serta dia berkata benar.
Itulah hari yang pasti akan berlaku,maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya,nescaya dia mengambil jalan kembali kepada Tuhannya.
Sesungguhnya Kami telah memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat(masa tibanya,iaitu hari seseorang akan melihat apa yang telah diusahakannya dan orang kafir akan berkata,"Alangkah baiknya kalau aku dahulu adalah tanah."
"P/S:Ianya tidak lain hanya kata-kata dari Tuhanmu"
**************************************************************************************
22 tanda hari kiamat semakin hampir(doomsday)
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
p/s:Fikir-fikirkan diri kita …
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_kiamat_kecil